5 RPINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
MUKA HADAPAN
NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
(DUA 2012)
TAJUK PROJEK : 5 PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.
NAMA PENSYARAH : PN.SURAINI BINTI HAJI RIPIN
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SESI JUN 2015
PROGRAM : DIPLOMA ELEKTRIK / ELEKTRIK ELEKTRONIK.
GROUP 1
NAMA KUMPULAN :
FAEZAH BINTI JALALUDIN
(25DET15F1021)
RADHWA ALYAA BINTI ROZHAN
(25DET15F1025)
SITI AISHAH HERAWATI NIZAM
(25DEE15F1039)
AMIRUL ASRAF BIN MAHAMAD.
(25DEE15F1049)
ISI KANDNGAN
NO.
|
ISI KANDUNGAN.
|
MUKA SURAT
|
1.
|
MUKA HADAPAN
| |
2.
|
PENGHARGAAN
| |
3.
|
PENDAHULUAN
| |
4.
|
ISI-ISI PEMBINCANGAN
-RABBANIAH (KETUHANAN)
-WASATIAH (KESEDERHANAAN)
-TAWAZUN (KESEIMBANGAN)
-MIZAN (KESETARAAN)
-TETAP DAN ANJAL (MUTLAK DAN MURUNAH)
| |
5.
|
KESIMPULAN
| |
6.
|
RUJUKAN
| |
7.
|
LAMPIRAN
|
PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirabbil ’alamin, kami merafa’kan sepenuh
kesyukuran kehadrat Ilahi dengan izin dan kurniaNya kami dapat menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Puan Suraini Binti Haji Ripin iaitu Pensyarah
Khursus Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam ( DUA 2012 ) , di atas
tunjuk ajar dan garis panduan yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh
menyiapkan kerja khurus ini . Tanpa tunjuk ajar Pensyarah, tidak mungkin kami
menyiapkankerja kursus ini dengan jayanya . Terima Kasih yang tek terhingga
juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana telah banyak mendorong kami menyiapkan kerja khursus ini .
Tanpa dorongan mereka , pasti kami mengalah di tengah tengah jalan .
Alamdulillah kami berjaya menyiapkan kerja khurus ini dengan jayanya . Terima
kasih juga kepada semua ahli kumpulan dan sahabat sahabat kami dalam membantu
kami menyiapkan kerja khursus ini sekali gus memberi kerjasam yng sangat bagus
dalam menjayakan blog ini . Alhamdulillah terima kasih untuk semuanya . Pelbagai
ilmu yang dapat kami rungkai sepanjangmenyiapkam tugasan ini. Sejajar dengan
anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, kamimenggunakan pelbagai cara dan
kemudahan yang sedia ada seperti buku rujukan, internet dankemudahan-kemudahan
lain lagi untuk mencari dan menambahbaikan kerja kursus ini . Akhir kata dari
kami , yang buruk datangnya dari kami , dan yang baik itu semuanya dari Allah
s.w.t . Semoga kesalahan kami dan
kecacatan kami tidak dicaci dan harap diambil sebagai pengajaran . Sekian
Terima Kasih .
PENDAHULUAN
Syariah, ia dari segi bahasa yang bererti jalan yang lurus,tempat keluar sesuatu dan jalan ke arah sumber air. Kaitan perkataan syariah dari segi air adalah penghubung kepada penurusan hayat manusia. Begitu juga jalan yang lurus adalah sesuatu yang membawa manusia ke jalan yang benar.
Dari segi istilah pula ialah apa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia melalui Rasulullah s.a.w pada perkara agama iaitu daripada hukum-hakam yang berbeza. Antaranya wajib,sunat, harus, makruh, dan haram samada ianya diambil dari Al-Quran ataupun sunnah nabi melalui kata -katanya ataupun perbuatannya ataupun Iqrarnya (persetujuannya).Hukum-hakam tersebut dinamakan sebagai hukum syariah dari sudut kelurusan dan kejelasannya,tidak bersimpang-siur dan tidak mempunyai sebarang kesamaran yang diragukan. Ia jugadisebut sebagai ad-Din dari sudut kepatuhan hamba kepadaNya dan disebut juga sebagai Millah (agama) dari sudut ianya berlegar di sekitar manusia
Syariat digelar sebagai sumber air kerana manusia memerlukan sumber air untuk kehidupan manusia. Air juga diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariah ia diperlukan untuk menjadi nadi dalam kehidupan manusia. Manusia akan mati sekiranya tiada air, begitu juga manusia akan sesat tanpa syariah. Kewujudan syariat bukan menyusahkan malah untuk dipatuhi bagi kesumpurnaan hidup didunia dan diakhirat.
ISI – ISI PERBINCANGAN
5 PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
1 ) RABBANIAH ( KETUHANAN )
Ia menjelaskan syariah islam adalah dicipta dan disusun oleh allah swt dan ia meliputi aspek aqidah,ibadat dan mualamat sesuai dengan keperluan manusia. Seluruh ciptaan milikallah swt maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan alam miliknya . Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus pengabdian diri kepada allah swt dan menginsafi keagungannya.
2 ) WASATIAH ( KESEDERHANAAN )
Keserderhaan dalam syariat adalah memberi makna segera hukum hakamnya adalah bersifat sederhana dan tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangnya .
Selain itu, boleh berlaku perubahan dan penyelesaian yang tertentu. Contohnya, solat fardu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan ntara dua kecenderungan. Contohnya, antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan
3) TAWAZUN ( KESEIMBANGAN )
Tawazun (keseimbangan)
Tawazun(keseimbangan) dalam syariat bermaksud segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan di akhirat. Tujuan untuk menyara hidup diri dan keluarga. Dalam waktu yang sama rezeki tersebut hendaklah dicari secara halal,baik dan dilaksanakan secara paling terbaik. Impaknya, memperolehi gaji diakhir bulan, pahala diganjari dan pengurusan kerja dihargai.
Syariat Allah adalah syariat yang dibangun di atas landasan at-taysir wa raf’ul masyaqqah (mudah dan tidak mempersulit). Ia diciptakan untuk manusia yang mempunyai keterbatasan dalam banyak hal. Allah tidak mensyariatkan satu bentuk perintah ataupun larangan kecuali semuanya dalam batasan KESANGGUPAN dan KEMAMPUAN manusia itu sendiri. Allah Taala berfirman:
♥ “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
Memaksimumkan amal soleh bagi individu Muslim tidak bererti kita harus bersikap ekstrim atau melampau di dalam melaksanakan ibadah yang disyariatkan. Ia bermaksud melaksanakan ibadah sesuai dengan KESANGGUPAN dan KEMAMPUAN serta tidak memandang remeh dan memudah mudahkanya.
Dalam kitab Shahih al-Bukhari diceritakan perihal tiga orang sahabat yang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. untuk mengetahui tentang ibadah-ibadah Rasulullah. Ketika disampaikan kepada mereka tentang hakikat ibadah Rasulullah, mereka pun tiba pada kesimpulan bahawa apa yang dilakukan oleh Rasulullah masih sedikit. Dalam kisah tersebut, masing-masing dari ketiga sahabat itupun berjanji. Sahabat yang pertama berjanji untuk melaksanakan qiamullail sepanjang malam dan tidak tidur. Sahabat kedua benjanji untuk berpuasa sepanjang tahun (setiap hari). Dan sahabat ketiga berjanji untuk tidak berkahwin. Mendengar hal tersebut, Rasulullah pun segera menegur mereka dengan mengatakan bahawa sunnah baginda adalah bersikap seimbang dalam ketiga perkara tadi.
Sikap tawazun dalam beramal dan menjauhi ghuluw (melampau) merupakan di antara yang terpenting dalam memaksimumkan amal soleh. Menjaga KESEDERHANAAN, KESEIMBANGAN dan tetap menjaga hak hak yang lain (hak keluarga, badan dan yang lainnya) inilah yang akan memberikan nafas yang panjang dalam pelaksanaan amalan itu sehingga tidak menyusahkan apatah lagi sampai kita meninggalkan amalan itu secara keseluruhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
♥ ♥ ♥ ♥ “Bersikap sederhanalah, bersikap seimbanglah pasti kalian akan tiba ke kemuncaknya.” (HR. Bukhari).
4 ) MIZAN ( KESETARAAN )
Dalam Al-Qur'an surat Al-Mu’minun (23) ayat 102
Allah SWT berfirman yang mengenai mizan atau timbangan amal perbuatan manusia yang bermaksud,
"Barang siapa berat timbangan (kebaikan) nya, maka mereka itulah orang-orang yang dapat beruntung. Dan barang siapa yang ringan timbangan (kebaikan) nya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri mereka kekal di dalam neraka Jahanam. Wajah mereka dibakar dengan api neraka, dan mereka di neraka dalam keadaan muram dengan bibir yang cacat."
Mizan, bererti timbangan. Pada saat nanti semua Amal perbutan kita didunia akan dihitung oleh allah swt. Mizan atau timbangan keadilan dari allah itu memiliki ketepatan yang tidak mungkin meleset sedikit pun.
Semua dan setiap amalan yang kita lakukan dari kecil sehingga la besar akan ditimbang dengan timbangan tersebut. Ia akan menentukan seseorang itu hidup berbahagia disyurga ataupun hidup menderita di neraka.
Dalam firmannya di Al-Quran surah Al-Anbiya, ayat 47 yang bermaksud
“Dan kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidak seorangpun dirugikan walau sedikit; sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkannya (pahala). Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan".
5 ) TETAP DAN ANJAL ( MUTLAK DAN MURUNAH )
Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah. Dalam konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipinda dan diubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya. Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum-hakam amaliyyah yang dinyatakan secara pasti dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
Konsep al-thabat dalam aspek akidah dapat dilihat dari segi kepercayaan terhadap Allah s.w.t. yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Perkara-perkara berkaitan akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Sementara dalam konteks amaliyyah seperti ibadat solat, puasa, haji dan zakat telah ditetapkan cara dan waktu perlaksanaan dalam syariat Islam. Begitu juga beberapa prinsip dalam muamalat seperti pengharaman riba. Selain itu, hukum jenayah yang diwajibkan dalam al-Qur’an dan al-Hadith seperti hukum hudud tidak boleh diubah-ubah perlaksanaannya. Begitu juga hukum haram bagi perkara-perkara yang dijelaskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah seperti khinzir, minum arak, berjudi dan riba. Perkara-perkara ini ditentukan secara pasti dan tidak mungkin berubah sampai bila-bila. Perkara-perkara seperti inilah yang termasuk dalam konsep al-thabat.
Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara dasar yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara kecil yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan perubahan kehidupan manusia sepanjang peredaran zaman. Hal ini menjadikan agama Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sentiasa sesuai dan bersifat senang dan mudah untuk diamalkan. Islam mementingkan kemudahan dan tidak sesekali menyusahkan umatnya dalam mengamalkan segala ajarannya. Sebagai contoh, solat adalah wajib dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun. Walau bagaimanapun, jamak dan qasar dibenarkan dalam solat sekiranya seseorang itu bermusafir. Ini terbukti bahawa hukum Islam tidak statik, sebaliknya bersifat anjal dan fleksibel dengan memberi keutamaan kepada keselesaan penganutnya.
Ciri menjaga kepentingan manusia ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali dengan kadar upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami atas apa yang kami terlalai atau silap padanya. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka yang sebelum daripada kami.
(Surah al-Baqarah: 286)
|
RUJUKAN
i) Buku
Tajuk : Buku Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.
ii)Internet
Mizan
http://islamiwiki.blogspot.my/2013/06/mizan-timbangan-amal-perbuatan-manusia.html#.Vtq8V_l97IV
Tawazun
https://www.facebook.com/bicara.hidayah
Tetap Dan Anjal
imankasimantap.blogspot.my
Buku Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
ii)Internet
Mizan
http://islamiwiki.blogspot.my/2013/06/mizan-timbangan-amal-perbuatan-manusia.html#.Vtq8V_l97IV
Tawazun
https://www.facebook.com/bicara.hidayah
Tetap Dan Anjal
imankasimantap.blogspot.my
Buku Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
LAMPIRAN
PENUTUP
PENUTUP
Kesimpulannya, prinsip syariah penting dalam kehidupan manusia untuk terus hidup dan menjadi nadi dalam kehidupan seharian . Tanpa syariah manusia akan sesat. Prinsip syariah ketuhanan,meliputi aspek akidah,ibadat dan muamalat adalah sepadan dengan keperluan manusia. Prinsip kesederhanaan mampu membuat manusia hidup bersifat sederhana dalam kehidupan harian. Prinsip keseimbangan manusia dapat mengimbangi keperluan didunia dan diakhirat dengan cara mencari kerja yang halal. Prinsip kesetaraan setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan hendaklah digunakan dengan cara yang benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat. Prinsip tetap dan anjal tiada perubahan hukum bagi memelihara kesucian prinsip syariah.
0 comments:
Post a Comment