KUMPULAN 7


KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA







DUA 2012 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


TAJUK :
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA


NAMA PENSYARAH :
 USTAZAH SURAINI BT RIPIN


DET2A


AHLI KUMPULAN :

1.ALIF HANAFI BIN KUMARUZAMAN 
-25DEE15F1073

2.MUHAMMAD AIZAT BIN JASNI
-25DEE15F1057


3.AHMAD AFIQ BIN AHMAD NOORDIN
-25DEE15F1060












  • PENGHARGAAN
AssalamualaikumBersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan foliosaya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA”. Folio yang ini amat penting buat sayamemandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sayasepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada  “USTAZAH SURAINI BT RIPIN” kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa ibubapa, rakan-rakan dan pensyarah subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai..Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

  • PENDAHULUAN

Kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip fiqh yg bersifat umum dlm bentuk nas pendek yg mengandungi hukum umum yg sesuai dgn bahagian-bahagiannya. sebahagian ulama' mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yg bersifat umum yg diambil drpd dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yg mana ia menjadi asas kpd kaedah-kaedah yg sekaligus dpt disesuaikan dgn bnyk juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dlm ilmu fiqh. Sebagai kesimpulannya, kaedah fiqh ialah suatu kaedah dlm undang-undang Islam yg disusun oleh para ulama' utk menjadi asas utk memahami dan mengembangkan fiqh Islam tentang kaedah-kaedah hukum. Ia berlaku setelah kewafatan Nabi dan segala hukum tidak ada pembatalan lagi.tetapi ia memerlukan jalan-jalan hukum yang berbentuk fleksibel untuk membuka peluang manusia menggunakan akal berpandukan nas supaya berijtihad.


TUJUAN MUSYAQQAH
Pada dasarnya kaedah: Kesukaran membawa kemudahan mempunyai tujuan tertenu dan dengan memenuhi syarat tertentu iaitu:
A. Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.


B. Adapun mushaqqah atau kesusahan biasa yang tidak boleh dijadikan sebab bagi keringanan atau rukhsah . Iaitu kesusahan yang tidak membawa kemudaratan kepada diri dan jiwa. Contohnya berpuasa pada musim panas dan cuaca panas terik sepanjang hari, tidak boleh menjadi sebab digugurkan taklif atau mengambil rukhsah.

SEBAB-SEBAB RUKHSAH

Menurut penelitian ulama’, terdapat beberapa sebab kesusahan yang dapat memberi keringanan terhadap perlaksanaan hukum syarak. Antara sebab atau rukhsah dalam melakukan ibadat dan lainnya terbahagi kepada tujuh perkara:

1. Musafir atau mengembara, maka hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang, meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.

2. Penyakit, syara' telah memperuntukkan hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan, dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.

3. Paksaan, orang yang dipaksa dandiugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada Allah.

4. Terlupa,menjadi sesuatu sebab bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa.

5. Kejahilan, juga termasuk di dalam keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka syarak membenarkannya hukum syuf'ah di antara mereka berdua.

6. Umum al-Balwa (kesukaran dalam perkara)  juga termasuk di dalam sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.

7. Kekurangan, juga termasuk didalam kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN


Antara sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.



HURAIAN DALIL DARIPADA AL- QURAN

mengenai kaedah fiqh kesukaran menjadi sebab kepada keringanan.

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah). 

Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku 
dengan satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah 
diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan menolongku?Nabi Ismail a.s menjawab:
Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya. 
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu.

RUMUSAN

Syariat Islam tidak mentaklifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka.
Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna. Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallaf adalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun.
Ada kecualian dari kaedah tersebut di atas, misalnya, wanita yang sedang menstruasi yang meragukan, apakah sedah berhenti atau belum. Maka ia wajib mandi besar untuk shalat. Contoh lain, apabila orang ragu, apakah yang keluar itu mani atau madzi. Maka ia wajib mandi besar. Padahal ia ragu, yang keluar itu mani yang mewajibkan mandi atau madzi yang tidak mewajibkan mandi. Contoh lain, baju seseorang terkena najis, tetapi ia tidak tahu bagian mana yang terkana najis. Maka ia wajib mencuci baju seluruhnya.
Rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah S.W.T, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah-kaedah dalam syarat islam.
Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh islam maka ia akan memberi kelongaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.

0 comments:

Post a Comment