Monday, March 14, 2016

Rujukan

surat khabar Utusan Malaysia


buku teks DUA2012 kejuruteraan dan sains teknologi dalam islam


internet

Lampiran





Saturday, February 27, 2016

5 KAEDAH PERLAKSANAAN PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN




  NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 

 KOD KURSUS   : DUA2012
  
 TAJUK : PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
 NAMA PENSYARAH : PN.SURAINI BINTI HAJI RIPIN

 NAMA PELAJAR :
  • MOHD AKMAL SYAFIQ  BIN HUSIN (25DET15F1013)
  • MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR(25DET15F1019)
  • HAZIQ HAFIZZUDDIN BIN MOHD TOYIB(25DET15F1009)
  • ISRA NAZRAN BIN ISMANDI(25DET15F1010)
  JABATAN    : JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

  PROGRAM : DET

  SESI              : DISEMBER 2015

                                                                                                      

Isi Kandungan


PERKARA


MUKA HADAPAN

PENGHARGAAN


PENDAHULUAN


ISI-ISI PERBINCANGAN



  • Definisi

  • Prinsip Etika Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan


  • Peranan Prinsip Etika


  • Amalan Terbaik Etika Islam Dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan


  • Perlaksanaan Prinsip Sains Teknologi dan Kejuruteraan

  • Implikasi





PENUTUP


  • Rujukan


LAMPIRAN





Penghargaan



ASSALAMUALAIKUM W.B.T....

Bersyukur kehadrat Ilahi  kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan projek kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk
“ PRINSIP ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ”. Pojek ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek  “Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam (DUA2012 )”.
 

 Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Suraini Binti Hj Ripin selaku pensyarah “Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam” yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan projek ini.


 Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Politeknik Mersing Johor atas kemudahan yang telah disediakan kepada kami seperti kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dangan projek ini .Tidak lupa pada sahabat seperjuangan iaitu Syafiq , Haziq , Anwar dan Isra yang telah bekerjasama dalam menyiapkan projek ini.

 Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan serta berkongsi maklumat dan tidak jemu dalam menyalurkan pandangan dan maklumat yang sepanjang kami menyiapkan projek ini.


                                                                                                                                           


Pendahuluan






Assalamualaikum.....

  Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya,kerja kursus ini telah berjaya kami siapkan .Dalam mempelajari ilmu agama di dalam mata pelajaran
Sains Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam ini,kami juga telah mempelajari cara untuk membuat blog.Selain menjimatkan masa untuk menulis dan menyiapkan kerja kursus ini,cara ini juga boleh menjimatkan kos untuk mencetak,membelii kertas,dakwat pencetak dan sebagainya.Ternyata teknologi yang ada sekarang boleh diaplikasikan dalam menyebarkan agama Islam kepada seluruh dunia.

  Dalam projek  yang diberi oleh pensyarah kami iaitu
Ustazah Suriani bt Haji Ripin,kami telah memilih untuk membuat artikel tentang Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan.Bagi kami,Sains dan Teknologi Kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam.Syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus.Selain itu,dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW.

  Dalam menyempurnakan projek ini,jutaan terima kasih kami ucapkan kepada rakan sekumpulan kerana dapat memberikan kerjasama dalam menjalankan projek yang diberikan secara teratur dan jayanya .Kami berharap kerjasama ini akan dapat diamalkan pada masa-masa yang akan datang.

  Kesimpulannya,tajuk ini bukan sahaja dapat dijadikan iktibar kepada kita semua khususnya umat Islam,ia juga dapat menarik minat golongan dari agama lain untuk mendalami tentang Kaedah Perlaksanaan Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan ini. 

                                                                                                                                                           

Penutup



Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya dan rakan sekumpulan menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami ini. Kami berharap dengan terhasilnya projek ini,kami dapat memantapkan lagi pemahaman berkenaan Prinsip Syariah dan Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan.
Jutaan terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantusaya secara langsung mahupun tidak langsung demi menyelesaikan tugasan ini. Segala bantuan yang disumbangkan amatlah dihargai. Kebanyakan daripada kita tidak semua mengetahui tentang kaedah perlaksanaan Prinsip Etika Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan.
Walaubagaimanapun, setelah kami menelaah dan mencari maklumat berkenaan tajuk projek tersebut, kami dapati banyak kelebihan yang kita semua kebanyakannya tidak mengetahuinya lebih mendalam.
 Sekali lagi kami ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan projek ini termasuklah pensyarah kami iaitu Ustazah Suriani bt Haji Ripin yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada kami semua dalam menyiapkan projek ini.



                                                                                                         Rujukan


1. Internet dan You Tube

Berikut merupajan link yang menjadi rujukan kumpulan kami dalam menyiapkan projek ini.


Selain itu juga,kami menggunakan aplikasi online seperti powtoon untuk membuat sebuah video yang berdurasi tidak lebih dari 5 minit.

link powtoon             



 



                       

LAMPIRAN







                                                                                                                             



Image result for surat khabar tentang dadah










Image result for keratan surat khabar tentang pembuangan bayi
























    

PERANAN SYARIAH





DUA2012-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

PERANAN SYARIAH DALAM PELAKSANAAN SAINS DAN TEKNOLOGI.

PUAN SURAINI BINTI HJ. RIPIN


DISEDIAKAN OLEH:
1.SYAHRUL AZMAN BIN MOHAMED SALLEH BIN MOHAMED SALLEH (25DET15F1016)
2.MUHAMAD FARID BIN YUNUS (25DET15F1022)
3.MUHAMMAD IZZUL HAKIM BIN SULAIMAN (25DET15F1023)
4.MOHAMAD HAFIZ BIN ABDUL HAMID (25DET15F1012)




PENGHARGAAN 

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Kami telah diberi tugasan bagi matapelajaran 'SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM'. Kami diberi 9 pilihan soalan dan dikehendaki mengkaji, meneliti dan mempersembahkan hasil kerja kami dalam bentuk blog.

Pertama sekali, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Suraini Binti Hj. Ripin ,iaitu pensyarah subjek ini kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan kami yang banyak berkongsi maklumat-maklumat berguna. Perkongsian anda sangat bermakna dan telah banyak meringankan beban kami dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh ini.     



PENDAHULUAN
Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Anutan terhadap keseluruhan ajaran Islam akan menjamin manusia mencapai kejayaan yang hakiki di dunia mahupun akhirat. Sebagai satu agama yang bertindak mengatur perjalanan hidup manusia, Islam merupakan satu ajaran yang istimewa kerana menawarkan garis-paduan dalam seluruh aspek kehidupan. Tiada satupun keperluan diabaikan di dalam ajaran Islam. Justeru itu sebagai satu cara hidup, ajaran Islam mengandungi tiga komponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak.

ISI-ISI PERBINCANGAN


Peranan Syariah:
1. Memelihara Agama
2. Memelihara Maruah
3. Memelihara Nyawa
4. Memelihara Akal
5. Memelihara Keturunan
6. Memelihara Harta







1.MEMELIHARA AGAMA

-Peranan utama syariat islam adalah untuk memelihara nilai agama
 serta pelaksanaannya.

-Andaikata sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian
 agama berlaku, maka hukuman yang sewajarnyabagi tujuan
 seksaan dan didikan akan dilaksanakan.

-Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan
 mengambilkira kesannya terhadap kemuliaan dan kesucian agama.


-Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam
 adalah termasuk jenayah hudud.
2.MEMELIHARA MARUAH

-Syariah islam menetapkan maruah atau harga diri merupakan
 perkara penting dalam kehidupan manusia.

-Dengan memelihara agama, maruah juga akan terpelihara.  Orang yang beriman akan sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya. 

-Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan maruah umat.

-Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar.

-Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama.

-Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para sainsis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia

-Hukum hakam dalam syariah islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakan dan menghancurkan maruah seseorang.

3.MEMELIHARA NYAWA

-Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk diperlihara dan melaksanakan tanggungjawab khalifah.

-Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya - Hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh dibawah kes qisas.

-Syariat islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam watu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.

-Islam mengharamkan bahan bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.

-Sehubungan itu islam mengalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya – dengan mengambil makanan  yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat.


4.MEMELIHARA AKAL

-Akal merupakan komponen utama tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan computer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak.

-Akal yang sihat dijamin melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.

-Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil pil mengkhayalkan dan bahan lucah yang merosakkan minda.

-Bagi memelihara kecerdasan minda kita perlulah menjaga akal yang cerdas dan badan yang cergas.


-Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam kemampuan dan keselamatan akal adalah haram disisi syariat islam.


5.MEMELIHARA KETURUNAN

-Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan smada secara langsung atau tidak:-
  >liwat
  >Istamna’ =onani      
  >Musahaqah=lesbian
  >Mendedahkan aurat 
  >Berdua-duaan lelak dan wanita
  >Zina atau tuduhan melakukan zina     
  >Bercakap atau menunjukkan aksi lucah  
  >Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita 
  >Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
  >Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang    haram seperti aurat wanita ,gambar atau filem lucah.
-Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir.

-Justeru,Islam mengishtiharkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan.

6.MEMELIHARA HARTA

-Syariat islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak,mencuri,menyorok,membazir dan menspekulasi pasaran modal.
-Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan.Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.
-Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya.Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan kea rah itu.
-Hukum hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah.
-Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian mati syahid akhirat.

PENUTUP
   Syariat atau undang-undang Islam pada hakikatnya adalah sebahagian daripada undang-undang ciptaan Allah s.w.t untuk seluruh alam ini. Ia dicipta untuk mengatur kehidupan umat manusia sesuai dan selaras dengan perkembangan dan perjalanan alam serta fitrah manusia sendiri. Allah s.w.t yang menciptakan manusia Maha Mengetahui segala kehendak dan keperluan hambaNya. Oleh itu undang-undang Islam yang diciptakan itu adalah untuk dipatuhi dan ditaati oleh seluruh umat manusia bagi memenuhi segala tuntutan hidup mereka.
  Berasaskan iman kepada Allah s.w.t, para malaikat, Kitab-kitab dan RasulNya manusia harus membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Garis panduan atau syariah ini apabila dipatuhi akan menjamin keselamatan individu, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat.
  Umat yang hidup berdasarkan syariat akan mengimbangi segala tuntutan kehidupan duniawi dan rohani dengan tidak melampaui batas-batas kewajaran.
  Orang-orang yang beriman dan bertakwa, akan tetap berpegang teguh, bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah panduan hidup sejati yang menjadi benteng dalaman mereka. Mereka inilah yang mendapat kejayaan. Sebaliknya kepada golongan yang menolak dan membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah, mereka akan terus berhadapan dengan berbagai-bagai krisis moral, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa, fitnah-memfitnah yang sering kali berkesudahan dengan kekecewaan. Golongan seperti ini, walaupun fizikalnya nampak maju dan berjaya, namun spiritual atau rohani mereka adalah kosong dan tidak sihat. Di akhirat nanti mereka adalah golongan yang rugi.