KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH
MUKA HADAPAN
DUA 2012 : SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
TAJUK : KONSEP KAEDAH FIQH DAN PERANAN KAEDAH FIQH
NAMA PENSYARAH : PUAN SURAINI BINTI HAJI RIPIN
Nama
|
No.Matrik
|
Ahmad Zaki bin Mahmod
|
25DET15F1004
|
Muhammad Zarul Syauqie
Bin Mohd Zainal |
25DET15F1002
|
Mohd Ruzaimi Bin Abu Hanifah
|
25DET15F1011
|
ISI KANDUNGAN
PERKARA
|
BIL
|
Muka Hadapan
|
1
|
Penghargaan
|
2
|
Pendahuluan
|
3
|
Definisi
|
4
|
Peranan Kaedah
|
5,6,7
|
Kesimpulan
|
8
|
PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merapatkan sepenuh kesyukuran kehadrat illahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyiapkan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami Syauqie, Ruzaimi dan Zaki menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Suraini Binti Haji Ripin, Pensyarah Matapelajaran Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (DUA 2012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan dengan lancar. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Dewasa ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
PENDAHULUAN
Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan tentang hukum-hukum yang umum.Kaedah fiqh boleh ditakrifkan sebagai hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi pelbagai masalah hukum fiqh. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama‟ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam memelihara silaturrahim ummah kini. Terdapat tiga kaedah utama yang mendapat persetujuan di kalangan fuqaha.Salah satunya ialah kesukaran membawa kemudahan. Kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini ialah kesukaran yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan boleh memudaratkan diri seseorang serta menghalangnya dari melakukan kerja amal. Disyaratkan juga kesukaran itu umum berlakunya, adapun kesukaran yang jarang-jarang berlaku maka kesukaran itu tidak diambilkira. Kesukaran biasa yang wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja seharianyang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka kesukaran ini tidak menghalang dari tanggungjawabnya. Dari segi syarak juga tidak mengangkatnya seperti kesukaran bekerja, mencari rezeki, berjihad menentang musuh dan sebagainya.
KONSEP KAEDAH FIQH DAN 3 PERANAN KAEDAH FIQH
DEFINISI
Kaedah ini merupakan penafsiran kepada hukum-hukum yang mengambil kira keringanan dan keanjalan. Ia bermaksud, kesukaran itu menarik adanya kemudahan. Antara lain bermaksud, apabila terdapat sesuatu kesusahan atau kesulitan dalam menunaikan dan melaksanakan perintah Allah, perintah itu diringankan tidak seperti asalnya. Berdasarkan kaedah tersebut terbentuknya semua hukum rukhsah atau keringanan dalam syariat Islam.Antara lain, ia selaras dengan lafaz kaedah:Maksudnya: “Sesungguhnya semua perkara suruhan apabila ia membebankan terhadap hamba atau manusia mengerjakannya, gugur suruhan terhadapnya. Dan segala perkara tegahan membebankan hamba menjauhinya, gugur tegahan mengenainya”. Konteks lain, ia membawa maksud supaya syariat Islam itu dapat dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja. Iaitu dengan memberi kelonggaran dan keringanan di saatdan ketika seseorang itu terjebak dengan kesempitan dan kesukaran. Kaedah itu juga diamalkan dan dipraktikkan oleh Nabi. (Abd. Latif Muda 2000: 139) Kaedah ini menjelaskan hukum Islam menginginkan kemudahan. Ajaran Islam tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, menyempitkan atau sesuatu yang tidak sesuai dengan watak dan tabiat. Allah s.w.t dan Rasul-Nya menginginkan serta memerintahkan pemeliharaan terhadap kemudahan dan keringanan.
DALIL
Terdapat banyak dalil yang berkaitan dengan kaedah ini. Dalil-dalil tersebut daripada al-Quran dan al-Sunnah, antaranya:
1) Al-Quran Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu”. (Surah al-Baqarah: Maksudnya: “Dan Dia sekalai-kali tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”. (Surah al-Hajj: 78)
2) Al-Sunnah Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Abu Hurairah: Maksudnya: “Bahawasanya kamu diutus sebagai orang-orang yang memudahkan dan tidak diutus sebagai orang-orang yang menyulitkan”. Maksudnya: “Mudahkanlah dan jangan kamu persulitkan”.(Jalaluddin Al-Suyuthi 1999: 165)
1. Memudahkan pemahaman terhadap hukum untuk digunapakai kepada persoalan sains teknologi dan kejuruteraan
Antara hukum atau 'urf yang digunapakai adalah hukum adat,antara hukumnya ialah :
- Adat Am
-Adat Khusus
-Adat Sahih
-Adat Fasid atau Rosak
1. Adat Am ,
Adat Am merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang memberi maksud tertentu. Contohnya sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud yang lain seperti difahami oleh agama lain. Perbuatan atau perkataan yang menjadi kebiasaan bagi seluruh penduduk semua negara Islam sama ada ia baru atau lama, atau dengan kata lain ‘urf am ialah sesuatu perkara yang sentiasa diamalkan oleh seluruh umat Islam.
Contohnya :
Sembahyang merujuk kepada solat bukan bermaksud yang lain seperti yang difahami oleh agama lain
2. Adat Khusus ,
Khusus bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri atau di kalangan golongan tertentu
Contohnya :
Kesarjanaan merujuk kepada kepandaian dan kecendekiawan seseorang
3. Adat Sahih ,
‘Uruf sahih ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia dan tidak bertentangan dengan nas syarak, ijmak, dan tidak membawa kepada kemudaratan. ‘Uruf sahih ini mungkin berdasarkan dalil syarak seperti kewajipan suami memberi nafkah makanan dan pakaian kepada isteri mengikut kemampuan
Contohnya :
Pemberian hantaran dalam majlis perkahwinan tidak termasuk dalam mas kahwin
4. Adat Fasid atau Rosak ,
Fasid atau rosak adalah suatu kebiasaan yang telah berjalan dalam masyarakat, tetapi kebiasaan itu bertentangandengan ajaran Islam atau menghalalkan yang haram.
Contohnya :
Menjual barang secara bertangguh melebihi daripada bayaran secara tunai
2. Membantu manusia khususnya para saintis, terokrat dan jurutera untuk menyelesaikan persoalan yang melibatkan isu-isu sains teknologi dan kejuruteraan
SUPAYA MANUSIA MAMPU MENENTUKAN DAN MEMBUAT RAMALAN AKAN SESUATU PERKARA
- - Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mengkaji bulan akan dapat memberi ketentuan,contohnya: menentukan tarikh awal puasa , tarikh awal bulan , tarikh hari raya puasa dengan melihat anak bulan dan lain-lain.
- - Manusia juga dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramalkan sesuatu seperti meramal cuaca.
SUPAYA MANUSIA DAPAT BERKARYA DAN BERINOVASI
- - Dengan mengkaji alam ini,manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.
DAPAT MEMBANTU MANUSIA DALAM MEMENUHI KEPERLUAN MATERIAL DAN KEHIDUPAN SEHARIAN YANG DIPERLUKAN
- - Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan ,tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain
- - Menjadikan kehidupan lebih selesa
- Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri
3. KEPERLUAN HUKUM-HUKUM YANG MENYELURUH BAGI MENANGANI ISU-ISU KECIL DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Para ulama telah membahagi hukum-hukum fiqh antara berikut;
(1) Hukum yang berkaitan dengan ibadah kepada Allah SWT, seperti solat, puasa dan haji; hal ini dinamakan dengan ibadah.
(2) Hukum yang berkaitan dengan permasalahan keluarga, seperti nikah, talak, masalah keturunan, dan nafkah; disebut sebagai ahwal asy-syakhsiyyah.
(3) Hukum yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia dalam rangka memenuhi keperluan masing-masing yang berkaitan dengan masalah harta dan hak-hak; disebut sebagai al-muamalah.
(4) Hukum yang berkaitan dengan perbuatan atau tindakan; disebut jinayah atau 'uqubah.
(5) Hukum yang berkaitan dengan penyelesaian sengketa antara sesama manusia, dinamakan ahkam al-qada'.
(6) Hukum yang mengatur hubungan antara penguasa dan rakyatnya; disebut al-ahkam as-sultaniyyah atau siyasah asy-syar'iyyah.
(7) Hukum yang mengatur hubungan antara negara dalam keadaan perang dan damai; disebut siyar atau al-huquq ad-dawliyyah.
(8) Hukum yang berkaitan dengan akhlak, seperti baik dan buruk; disebut sebagai adab.
Keseluruhan hukum yang disebutkan di atas tidak hanya mengandungi makna keduniaan semata-mata, tetapi juga mengandungi makna keakhiratan. Hal ini bermaksud, nilai dari sesuatu hukum bukan hanya berkait dengan hukum di dunia ini, tetapi juga berkait dengan hukum ukhrawi, kerana Islam tidak memisahkan antara dunia dan akhirat, walaupun keduanya mampu dibezakan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,Islam dan Syari'atnya amat bersikap toleransi dan memahami akan keadaan serta
tuntutan umatnya. Walaupun keseluruhan syari'at itu diturunkan kepada manusia bagi
memelihara kemaslahatan dan menghindar kemudaratan tetapi as-Syari'at sedar akan
kedudukan umat yang sekali-sekala terjatuh ke suasana kehidupan yang bukan normal. Maka dengan itulah as-Syari'at memberikan kelonggaran dan kemudahan dari beberapa segi dan sudut, semuanya disediakan bagi tujuan menjaga kemaslahatan dan menghindar kemudaratan umat dalam keadaan sedemikian. Setiap keadaan itu dijelaskan situasinya dan dikategorikan kedudukannya dan setiap kedudukan itu mempunyai tahap-tahap dan syarat kelonggaran hukumnya. Untuk seseorang individu muslim itu mempraktikkan kemudahan agama dalam keadaan sebegini dia wajib tahu apakah yang dibolehkan, apakah yang dimaafkan dan sekadar mana kebolehan dan kemaafan itu diberikan. Faktor paling utama yang menjamin di sisi Allah S.W.T kebolehan dan kemaafan dalam keadaan tidak normal atau sulit itu ialah keikhlasan seseorang dalam menghadapi keadaan tersebut. Dalam ertikata lain, sengaja atau tidak sengaja merupakan tali pengukur di sisi Allah Azza waJalla dalam menerima perbuatan seseorang itu dalam keadaan darurat atau kesulitan yang dihadapinya. Dalil kuat yang dijadikan ukuran perbuatan seseorang itu adalah niat serta bisikan hatinya, sebagaimana sabda Nabi S.A.W: Setiap yang kita lakukan akan diperkira di Hari Akhirat nanti dan kita akan dipertanggung-jawabkan ke atas segala tindak-tanduk di dunia terdahulu dan di ketika itu akan jelaslah apa yang benar dan apa yang salah, apa yang jelas dan apa yang tersembunyi, apa yang ghaib dan apa yang nyata. Allah Azza waJalla menerangkan hakikat ini dalam firmanNya: Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [Maksud surah at-Taubah 9 - 105].

RUJUKAN
surat khabar Utusan Malaysia
buku teks DUA2012 kejuruteraan dan sains teknologi dalam islam
internet http://www.slideshare.net/cikmelly/kaedah-fiqh
LAMPIRAN
0 comments:
Post a Comment