KUMPULAN 3


5 PEMBAHAGIAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN 










     DUA2012 - SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
             
      JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

 TAJUK : PEMBAHAGIAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

KELAS :DET 2A

 NAMA PELAJAR/NO MATRIK    :  NURUL EMA BINTI SAHARUDIN
                                 25DET15F1001
                                                    :  SITI ZULAIKHA BINTI MD KHIDZIR
                                 25DET15F1015
                                                     :  NURBADRINA EYZA BINTI YUSOFF
                                 25DET15F1079


                NAMA PENSYARAH: PUAN SURAINI BINTI HAJI RIPIN



ISI KANDNGAN 


1.
Muka Hadapan
2. 
Isi Kandungan
3.
Penghargaan
4.
Pendahuluan
5.
Isi-isi Perbincangan
● Pelaksanaan Syariah Islamiah dalam Sains Teknologi dan Kejuruteaan
  Utamakan Yang Utama
  Matlamat Tidak Menghalalkan Cara
 Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat 
 Mencegah Lebih Baik DaipadaMengubati
 Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan
6.
Penutup
7.
Rujukan
8.
Lampiran



PENGHARGAAN

               Syukur kepada Allah swt dan selawat keatas Nabi Muhammad SAW ucapan penghargaan kepada pensyarah kami Pn Suraini binti Hj Ripin,ibu bapa kami,rakan rakan serta pihak pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

 Tugasan yang diberikan pada kami kali ini ialah tentang Perlaksanaan Syariah Islamiah dalam sains teknologi dan kejuruteraan.  Tajuk ini adalah tentang bagaimana konsep syariah Islamiah diaplikasikan di dalamsains teknologi dan kejuruteraan . Ini adalah agar umat Islam tidak tersasar jauh  dari syariat dek kerana teknologi. Jadi dengan ini, kami berharap agar tuan/puan dapat menyerap ringkasan yang telah kami lakukan ini. Bukan sahaja itu, malah konsep ini juga boleh diaplikasikan di dalam kehidupan.



PENDAHULUAN 

﴿وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ



   “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka dalam kalangan orang kafir”(QS.Al-Maidah: 44)







     Sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain . Ilmu  ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari ini . Kemajuan   teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup seseorang manusia yang  akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah swt . Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting kepada  kita terutama pada dunia hari ini . Dengan ini, terdapat pelbagai aspek dalam pelaksanaan syariah  Islamiah dalam sains teknologi kejuruteraan. 




ISI – ISI PERBINCANGAN


Pembahagian Syariah Islamiah Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan


Utamakan yang utama



-Islam menjadikan awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

-Mngelakkan kemudaratan demi mencari kemaslahan adalah sangat diutamakan.

-Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat.

-Mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.

-sebarang kegiatan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah membeikan keutamaan kepada memelihara peranan syariah.

-Para saintis,teknorat dan jurutera seharusnya meletakkan keutamaan memakmurkan alam daripada mencari keuntungan dan kemahsyuran.

-Perlaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada mengutamakan agama,nyawa,akal,keturunan,maruah dan harta.







Matlamat Tidak Menghalalkan Cara



-Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang alam.Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan,lautan dan ruang udara untuk tujuan pengimarahan alam.

-Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia.

-Namun begitu,syariat menegaskan setiap operasi untuk menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati peraturan dan etika islam.

-Tiada istilah unuk mencapai matlamat keperluan manusia,sebarang kaedah boleh digunapakai dan menghalalkan proses yang bercanggah dengan syariat.

-Dunia hari ini memaparkan kerakusan manusia untuk maju dan moden hingga bergelar kuasa besar dunia melalui proses mengorbankan alam.Sebagai contoh,ujian nuklear di lautan telah mengakibatkan berlakunya kerosakkan pada lapisan perut bumi yang menjadi punca berlakunya tsunami.






Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat



-Perlaksanaan syariat dalam sains teknologi dan kejuruteraan mengutamakan nilai keagamaan yang lebih fokus kepada etika dan adab dalam membangunkan alam.

-Peraturan dan hukum yang melibatkan halal,haram,sunat,harus dan makruh serta syubahat hendaklah menjadi asas rujukan dalam pelaksanaan setiap proses kerja.

-Sebarang ciptaan,penemuan,kajian dan penyelidikkan sewajarnya mengambil kira kepentingan prinsip dan etika syariat islam.

-Kegagalan mematuhi prosedur ini akan menyumbang kepada ketidakstabilan dan kepincangan alam.

-Andai berlaku pertembungan antara kepentingan keperluan manusia dan pemeliharaan alam,maka syariat menerapkan untuk memilih kemudaratan yang minima.


Image result for halal


Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati



-Syariat islam menetapkan prinsip mencegah adalah menjadi keutamaan dalam perlaksanaan kerja manusia.

-Prinsip pencegahan yang diminta oleh syariat islam adalah untuk menolak dan mengelakkan berlakunya kerosakan.Contohnya islam mengharamkan perbuatan mendekati zina.Maksud mendekati itu adalah termasuk berdua duaan atau sesuatu tindakan yang boleh membawa zina.Larangan perbuatan yang boleh membawa kepada zina adalah dianggap langkah pencegahan bagi mengelakkan zina dan lahirnya anak luar nikah.

-Kajian sains dan rekaan teknologi serta kejuruteran hendaklah mengambil langkah pencegahan dalam segenap aspek dari mula hingga akhir. Akibat yang besar akan menimpa umat manusia apabila langkah-langkah pencegahan tidak diambil kisah.

-Prinsip mencegah menjadi agenda utama para saintis,teknorat dan jurutera melaksanakan tugasan mereka.Pengabaian pinsip ini akan menempah suatu pengurusan kos yang lebih besar serta pengorbanan masa yang bukan kepalang.Justeru itu,fikirkan aspek pencegahan sebelum bertindak.



Image result for piramid makanan



Akidah Diutamakan Syariat Didahulukan



-Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan di sisi Allah swt tidak boleh dipandang rendah dalam apa jua pelaksaan hidup manusia.

-Syariat adalah peraturan Allah swt untuk dijadikan panduan hidup bagi mengundang rahmat dan berkat.

-Intergrasi pelaksanaan aqidah dan syariat akan membuahkan keadaan yang harmoni bagi pembangunan modal insan dan pembangunan material sesebuah negara.

-Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah mendahulukan keperluan aqidah sebagai teras pengurusan penyelidikan.





KESIMPULAN 



   Tuntutan syariat Islam ini merupakan dakwah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Mengajak manusia dengan berdakwah kepada Allah adalah jalan menuju saling menguatkan sesama kaum muslimin dan muslimat. Yang tentunya dilakukan dengan akhlak yang mulia untuk menjalankan apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.Syariah Islam adalah peraturan atau hukum-hukum agama yang diwahyukan kepada nabi besar Muhammad SAW, iaitu  kitab suci Al-Qur’an, sunnah atau hadis nabi. Syariah Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Syariah Islam memberikan tuntunan hidup khususnya pada umat Islam dan umumnya pada seluruh umat manusia untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat dan  dapat memberikan semangat bagi umat Islam dalam menghadapi setiap perubahan yang terjadi dalam masyarakat dalam semua aspek kehidupan. Jadi sebaiknya kita sebagai umat islam dapat menerapkannya dalam kehidupan seharian. Syariat Islam yang disyariatkan Allah kepada hamba-hamba-Nya dari segi aqidah, ibadah, akhlak, muamalat, sistem kehidupan dengan dimensi yang berbeza-beza untuk mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.




RUJUKAN

Internet

Slide

Youtube - https://www.youtube.com/watch?v=42HGvNhEcUo



Buku / Majalah/ Artikel

Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia -Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam. 




LAMPIRAN







Image result for SURAT KHABAR SYARIAT ISLAMImage result for SYARIAT ISLAM




Image result for SURAT KHABAR SYARIAT ISLAM








0 comments:

Post a Comment