6 PERANAN SYARIAH DALM ERLAKSANAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
MUKA HADAPAN
DUA2012-SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
PERANAN SYARIAH DALAM PELAKSANAAN SAINS DAN TEKNOLOGI.
PUAN SURAINI BINTI HJ. RIPIN
DISEDIAKAN OLEH:
1.SYAHRUL AZMAN BIN MOHAMED SALLEH BINTEKALAHH (25DET15F1016)
2.MUHAMAD FARID BIN YUNUS (25DET15F1022)
3.MUHAMMAD IZZUL HAKIM BIN SULAIMAN (25DET15F1023)
4.MOHAMAD HAFIZ BIN ABDUL HAMID (25DET15F1012)
ISI KANDNGAN
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Pn Suraini Binti Hj Ripin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
PENDAHULUAN
ISI – ISI PERBINCANGAN
Peranan Syariah:
1. Memelihara Agama
2. Memelihara Maruah
3. Memelihara Nyawa
4. Memelihara Akal
5. Memelihara Keturunan
6. Memelihara Harta
MEMELIHARA AGAMA
-Peranan utama syariat islam adalah untuk memelihara nilai agama
serta pelaksanaannya.
-Andaikata sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian
agama berlaku, maka hukuman yang sewajarnyabagi tujuan
seksaan dan didikan akan dilaksanakan.
-Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan
mengambilkira kesannya terhadap kemuliaan dan kesucian agama.
-Untuk menyelamatkan agama, maka hukum keluar daripada Islam
adalah termasuk jenayah hudud.
MEMELIHARA MARUAH
-Syariah islam menetapkan maruah atau harga diri merupakan
perkara penting dalam kehidupan manusia.
-Dengan memelihara agama, maruah juga akan terpelihara. Orang yang beriman akan sentiasa menjaga maruah dan harga dirinya.
-Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambil kira kepentingan maruah umat.
-Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar.
-Atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama.
-Kerosakan dan kefasadan yang melanda alam ini adalah antaranya berpunca daripada kealpaan para sainsis, teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia
-Hukum hakam dalam syariah islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakan dan menghancurkan maruah seseorang.
MEMELIHARA NYAWA
-Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk diperlihara dan melaksanakan tanggungjawab khalifah.
-Nyawa tidak boleh diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya - Hukum bunuh boleh dikenakan ke atas pembunuh dibawah kes qisas.
-Syariat islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam watu yang sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia.
-Islam mengharamkan bahan bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau merosakkan diri manusia.
-Sehubungan itu islam mengalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya – dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat.
MEMELIHARA AKAL
-Akal merupakan komponen utama tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan computer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak.
-Akal yang sihat dijamin melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah minda.
-Islam melarang segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil pil mengkhayalkan dan bahan lucah yang merosakkan minda.
-Bagi memelihara kecerdasan minda kita perlulah menjaga akal yang cerdas dan badan yang cergas.
-Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam kemampuan dan keselamatan akal adalah haram disisi syariat islam.
MEMELIHARA KETURUNAN
-Syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan smada secara langsung atau tidak:-
>liwat
>Istamna’ =onani
>Musahaqah=lesbian
>Mendedahkan aurat
>Berdua-duaan lelak dan wanita
>Zina atau tuduhan melakukan zina
>Bercakap atau menunjukkan aksi lucah
>Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
>Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
>Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda yang haram seperti aurat wanita ,gambar atau filem lucah.
-Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau ta’zir.
-Justeru,Islam mengishtiharkan pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan.
MEMELIHARA HARTA
-Syariat islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak,mencuri,menyorok,membazir dan menspekulasi pasaran modal.
-Islam menetapkan kewajipan mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan.Harta yang dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya.
-Pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya.Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan segala tindakan kea rah itu.
-Hukum hudud seperti potong tangan bagi yang mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam memandang serius jenayah.
-Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada kematian mati syahid akhirat.
PENUTUP
Syariat atau undang-undang Islam pada hakikatnya adalah sebahagian daripada undang-undang ciptaan Allah s.w.t untuk seluruh alam ini. Ia dicipta untuk mengatur kehidupan umat manusia sesuai dan selaras dengan perkembangan dan perjalanan alam serta fitrah manusia sendiri. Allah s.w.t yang menciptakan manusia Maha Mengetahui segala kehendak dan keperluan hambaNya. Oleh itu undang-undang Islam yang diciptakan itu adalah untuk dipatuhi dan ditaati oleh seluruh umat manusia bagi memenuhi segala tuntutan hidup mereka.
Berasaskan iman kepada Allah s.w.t, para malaikat, Kitab-kitab dan RasulNya manusia hams membangunkan kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Garis panduan atau syariah ini apabila dipatuhi akan menjamin keselamatan individu, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat.
Umat yang hidup berdasarkan syariat akan mengimbangi segala tuntutan kehidupan duniawi dan rohani dengan tidak melampaui batas-batas kewajaran. Umat sebegini disifatkan oleh Allah sebagai 'ummatan wasatan' (umat yang berada di tengah) yang membangunkan dirinya dengan segala kekuatan yang telah disediakan oleh Allah, iaitu kekuatan jasmani, perekonomian, politik dan ketenteraan untuk membela diri dan menentang penceroboh-penceroboh di samping kekuatan kemasyarakatan, ilmu pengetahuan dan teknologi. Semua kekuatan dan kehebatan ini terhasil melalui peraturan Ilahi. Semangat pengabdian kepada Allah yang berpangkal kepada iman ini membentuk insan yang terbangun jiwanya. Ekoran dari itu, semua aspek pembangunan akan diresapi dengan amalan kebaikan dan diredai Ilahi.
Orang-orang yang beriman dan bertakwa, akan tetap berpegang teguh, bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah panduan hidup sejati yang menjadi benteng dalaman mereka. Mereka inilah yang mendapat kejayaan. Sebaliknya kepada golongan yang menolak dan membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah, mereka akan terus berhadapan dengan berbagai-bagai krisis moral, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa, fitnah-memfitnah yang sering kali berkesudahan dengan kekecewaan. Golongan seperti ini, walaupun fizikalnya nampak maju dan berjaya, namun spiritual atau rohani mereka adalah kosong dan tidak sihat. Di akhirat nanti mereka adalah golongan yang rugi.
0 comments:
Post a Comment