KUMPULAN 8

                                         
                                           KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

MUKA HADAPAN



NAMA KURSUS : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
                                             (DUA 2012)

TAJUK PROJEK : KONSEP ASAS FIQH DAN APLIKASINYA
                                -SETIAP SESUATU ITU BERGANTUNG KEPADA TUJUANNYA
                                -KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK

NAMA PENSYARAH : PN.SURAINI BINTI HAJI RIPIN

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
SESI JUN 2015

PROGRAM : DIPLOMA ELEKTRIK / ELEKTRIK ELEKTRONIK.

GROUP
NAMA KUMPULAN :

MUHAMAD ZULFAHMI BIN ABD KHALID
(25DET15F1003)

MOHAMAD NORSHARIZ BIN AHMAD
(25DET15F1024)

HAIKAL AFIQ BIN HAMIZAN
(25DET15F1008)

MOHAMAD ADLY SHAFIQ BIN NORDIN
(25DET15F1014)

ISI KANDUNGAN :

NO.
ISI KANDUNGAN.

1.MUKA SURAT

2.MUKA HADAPAN

3.PENGHARGAAN

4.PENDAHULUAN

5.ISI KANDUNGAN

6.KESIMPULAN

7.RUJUKAN

8.LAMPIRAN


PENGHARGAAN
 


Syukur ke hadrat ilahi, kumpulan kami dpat menyiapkan projek kami ini dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Suriani Binti Haji Ripin iaitu Pensyarah Khursus Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam , di atas tunjuk ajar dan garis panduan yang telah ditunjukkan sepanjang tempoh menyiapkan kerja khurus ini . Tanpa tunjuk ajar Pensyarah, tidak mungkin kami menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya . Terima Kasih yang tak terhingga juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana telah banyak  mendorong kami menyiapkan kerja khursus ini . Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan kerja khurus ini dengan jayanya . Terima kasih juga kepada semua ahli kumpulan dan sahabat sahabat kami dalam membantu kami menyiapkan kerja khursus ini sekali gus memberi kerjasama yng sangat bagus dalam menjayakan blog ini . Terima kasih untuk semuanya . Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang menyiapkam tugasan ini. Kami menggunakan pelbagai cara dan kemudahan yang sedia ada seperti buku rujukan, internet dan kemudahan-kemudahan lain lagi untuk mencari dan menambahbaikan kerja kursus ini . Akhir kata dari kami , yang buruk datangnya dari kami , dan yang baik itu semuanya datang dari Allah s.w.t .Sekian Terima Kasih . :-D

PENDAHULUAN


Maksud Fiqh

Pengarang kitab Adwar ‘Ilm al-Fiqh wa Atwaruh berkata: perkataan fiqh di awal kebangkitan Islam tidak hanya dikhususkan semata-mata kepada ilmu fiqh, bahkan perkataan ini digunakan untuk kesemua cabang ilmu asas dalam Islam, sama ada yang berbentuk usul seperti aqidah atau pun furu’ seperti fiqh, juga termasuk yang berkaitan dengan akhlak.

Manakala faqih pula dinisbahkan kepada seseorang yang menghafal ayat-ayat al-Quran serta memahami maknanya, tahu nasakh mansukhnya, muhkam mutashabih, ‘umum, khusus, mutlaq atau muqayyad.

Pengertian Fiqh dari sudut Bahasa

Perkataan fiqh merupakan pecahan bagi kata dasar (فقه) dan diulang sebanyak 20 kali dalam al-Quran.
Dari sudut bahasa maksudnya berlegar sekitar memahami dan ilmu.


Fiqh Pada Istilah

Dari segi istilah, pelbagai pengertian telah dikemukakan oleh para ulama, walaupun berbeza dari segi lafaz tetapi dari sudut makna ia hampir mempunyai persamaan.

Sebahagian ulama' mentakrifkan kaedah fiqh sebagai kaedah-kaedah hukum yang bersifat umum yang diambil daripada dalil-dalil al-quran dan as-sunnah yang mana ia menjadi asas kepada kaedah-kaedah yang sekaligus dapat disesuaikan dengan banyak juziyyah atau cabang-cabang perbahasan dalam ilmu fiqh.

Kesimpulan tentang maksud fiqh ialah mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan terperinci yang diambil daripada dalil yang terperinci.


ISI KANDUNGAN

Hubungan Fiqh Dengan Syariah
 
Ramai di kalangan masyarakat awam yang keliru dengan perkataan fiqh. Secara ringkas kaedah fiqh.

Pengertian Kaedah  Fiqh
KAEDAH
-BAHASA: Tapak , asas rumah dan prinsip.
FIQH
-BAHASA: Suatu kefahaman.
KAEDAH FIQH
-Koleksi kaedah utama yang besifat umum bagi menyelesaikan isu isu tertentu.

Segala perkara bergantung kepada tujuannya.
1. Kaedah ini adalah salah satu daripada lima kaedah feqah yang utama yang menjadi tunjang kepada banyak kaedah-kaedah feqah yang lain. Kaedah-kaedah itu dikenali sebagai ‘Al-Qawaed Al-Fiqhiyyah Al-Kubra’. Lima kaedah tersebut ialah:

i- Segala perkara bergantung kepada tujuannya.
ii- Suatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak (sangkaan).
iii- Kemudaratan mesti dihapuskan.
iv- Adat dirujuk dalam menentukan hukum.
v- Kesusahan mendatangkan kemudahan.
2. Kaedah ‘Segala perkara bergantung kepada tujuannya’ bersumberkan kepada banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Salah satunya ialah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya: “Segala amalan berdasarkan kepada niat, dan setiap orang memperoleh apa yang diniatkannya”. Hadis ini direkod dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.
3. Hadis ini membawa pengertian yang sangat besar dalam syariat Islam. Imam Bukhari berkata, “Tidak terdapat dalam khabar-khabar (hadis) Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam satu hadis yang lebih mencukupi, lebih mencukupi, dan lebih banyak faedah, daripada hadis ini”. Ramai imam salaf menjulang kedudukan hadis ini dan membuat rumusan bahawa ia adalah satu pertiga daripada ilmu. Antara yang mengatakan demikian ialah Syafie, Ahmad, Ibn Mahdiy, Ibn Al-Madiniy, Abu Daud, dan Al-Daraqutniy.
4. Ketinggian taraf hadis ini secara tidak langsung menunjukkan kepentingan kaedah: “Segala perkara bergantung kepada tujuannya’. Ia juga mencakupi kebanyakan bab dan fasal dalam ilmu feqah.
5. Maksud umum kaedah ini ialah: Segala perkara yang lahir dari seorang mukallaf samada dalam bentuk perbuatan atau pertuturan, maka hukum hakamnya ditentukan berdasarkan maksud dan tujuan dia melakukan atau menuturkannya. Jadi, niat dan maksud seseorang berperanan penting dalam menentukan suatu hukum.
6. Daripada kaedah ini, kita dapat bezakan antara perbuatan yang dilakukan dengan niat, dan perbuatan yang berlaku secara tidak sengaja atau tanpa niat. Hukumnya pun berbeza. Sebagai contoh, dua orang lelaki, A dan B telah melakukan perbuatan membunuh. A sengaja melakukan pembunuhan terhadap orang yang tidak bersalah, manakala B tidak ada niat langsung untuk membunuh, tetapi tersilap sehingga menyebabkan kematian orang lain. Dalam perundangan Islam, hukuman terhadap kedua-duanya A dan B adalah berbeza. Kerana A membunuh dengan niat, manakala B membunuh secara tidak sengaja.
7. Satu perbuatan yang sama tetapi dilakukan dengan tujuan yang berbeza, natijah yang terhasil juga akan berbeza bergantung kepada apa yang diniatkan. Contohnya orang yang berperang dalam barisan tentera Islam, jika bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah, maka dia akan mendapat balasan yang baik. Manakala orang yang berperang kerana mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia seorang yang berani dan pahlawan, akan mendapat balasan yang buruk. Berbeza balasan disebabkan berbeza tujuan.
8. Niat terbahagi kepada dua jenis;
i- Niat dalam amalan.
Niat dalam amalan berperanan untuk membezakan antara amalan ibadah dengan perlakuan bukan ibadah. Contohnya, seorang yang tidak makan dan minum pada waktu siang. Mungkin dia manahan lapar kerana melakukan diet, atau disebabkan tiada makanan, atau kerana berpuasa. Jadi dengan berniat puasa, dapat dipastikan bahawa perbuatan itu adalah ibadah.
Selain itu, niat juga berperanan membezakan antara ibadah-ibadah. Contohnya, seorang yang berpuasa mungkin tujuannya puasa sunat, atau puasa qadha, atau puasa kaffarah. Jenis puasanya dapat ditentukan melalui niat.
ii- Niat untuk apakah dilakukan amalan.
Maksud niat jenis ini ialah satu-satu perlakuan ibadah adakah dilakukan ikhlas kerana Allah Taala, ataupun dilakukan kerana tujuan lain? Niat inilah yang membezakan antara ikhlas, riyak, sum’ah, dan lain-lain.
9. Niat wadahnya ialah di dalam hati. Demikian menurut sekalian ulama Islam. Oleh itu, seseorang yang meniatkan di dalam hati, tanpa melafazkan dengan lidahnya, maka ia sudah memadai di sisi sekalian ulama.
10. Pengetahuan tentang niat dalam ibadah mesti dipelajari dan difahami secara betul. Kerana kefahaman yang silap tentang konsep niat kadang-kadang menyebabkan kepayahan dalam ibadah. Natijahnya, timbul penyakit waswas yang akan merosakkan ibadah. Benarlah kata-kata sesetengah ulama bahawa punca penyakit waswas ialah kejahilan dalam agama dan kebingungan dalam akal. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada kejahilan dalam agama.

KEYAKINAN TIDAK BOLEH DISINGKIRKAN DENGAN SYAK

1. Sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Perkara asal dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan oleh sebarang syak atau keraguan. Apa yang telah tetap dan teguh itu tidak terangkat atau berganjak dengan sebab kedatangan syak kepadanya

`Tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak terlepas kecuali dengan yakin’

2. Kaedah Lain

a. `Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin’

b. `Yang yakin tidak dihilangkan dengan syak dan tidak boleh dihilangkan melainkan dengan yakin’

c. `Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara baru yang diramal atau diandai’

d. `Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambil kira dan yang yakin diamalkan terhadapnya’

e. `Syak tidak menghimpit yang yakin’

3. Perbezaan Yakin, Syak, Zann dan Waham

a. Yakin
• Al-Jawhari : suatu ilmu dan lenyapnya syak
• Ibn Mansur : Ilmu dan membuang syak serta hakikat sesuatu perkara
• Abu al-Baqa’ : Pegangan yang kukuh mantap dan tetap serta menepati kenyataan
• Raghib al-Asfahani : Tetapnya atau diamnya sesuatu kefahaman berserta tetap hukum. Yakin merupakan sifat yang lebih tinggi daripada makrifah, buktinya dikatakan ilmu al-yaqin dan tidak dikatakan makrifa al-yaqin
• Sesuatu yang pasti berdasarkan kajian dan bukti iaitu sesuatu yang menjadi tetap melalui penglihatan atau dengan adanya dalil

b. Ghalabah al-Zann
• Al-Allamah : penjelasan dan ibarat tentang ketenangan zan
• ½ ulama : berada pada tingkat yang sama dengan yakin
• harus diasaskan hukum fiqh berdasarkan ghalabah zan ketika tidak ada yaqin dan selagi ia berasaskan penelitian dan bukti

c. Zann
• Al-Hamawiy : seseorang yang berada dan berhenti di antara dua yang mana ia dapat mengukuhkan atau dapat ditarjihkan salah satu antara keduanya
• Berat sangka atau sangkaan yang lebih hampir kepada kebenaran, namun tidak mencapai tahap keyakinan dan ghalabah al-zan
• harus dibina hukum dan diterima

d. Syak
• Keraguan yang sama kuat atau sama banyak terhadap sesuatu perkara i.e. keraguan tidak dapat ditarjihkan mana satu yang lebih kuat
• tidak diterima dalam hukum fiqh

e. Waham
• Keraguan yang dialami oleh seseorang yang mana antara keduanya lebih mirip atau cenderung kepada yang lemah atau tidak kukuh
• Suatu bayangan atau lintasan pada hati atau diri seseorang yang dikira sebagai sangkaan meleset atau salah
• Tidak diterima dalam hukum fiqh

4. Jenis syak

a. keraguan yang lahir daripada atau sumber haram
b. keraguan yang terbentuk daripada asal atau dasar yang harus
c. keraguan yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya, sama ada haram atau harus

5. Sumber asal kaedah

a. `Apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian timbul keraguan dengan sebabnya : Apakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah sesekali ia keluar daripada masjid sehingga ia mendengar suara atau mencium bau’
b. `Apabila seseorang kamu ragu2 ketika sembahyangnya, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya : 3 atau 4? Hendaklah ia ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan dan berpegang dengan apa yang meyakinkan’



KESIMPULAN

Kesimpulannya, ilmu kaedah fiqh suatu ilmu yang mesti dikuasai oleh para ulama hari ini sesuai dengan kedudukan dan peranannya dalam menyelesaikan persoalan-persolan yang berlaku yang memerlukan jawapan segera.

RUJUKAN

i) Buku
   Tajuk : Buku Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.
ii) Internet
   http://papisma.org/index/?p=1215
   http://www.slideshare.net/normurnimohamad/kaedah-fiqh-dalam-sains-teknologi-dan-    kejuruteraan